Thursday 8 October 2009

Tazkirah

Jadilah orang bertakwa... kerana itu adalah matmalat dalam kita menunaikan segala ibadat. Orang bertakwa : ibarat seseorang itu berjalan di satu kawasan yang ada onak yang boleh melukakan kita... orang akan berusaha mengelak dari terkena duri tersebut dan berusaha mencaru jalan yang tiada duri... begitulah juga orang yang bertakwa akan berusaha mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT sebaliknya berusaha melakukan perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan Islam.


Ayat al-Quran pertama diturunkan ialah surah Al-Alaq yang di mulai dengan "Iqra' dan susunan surah al-Quran dimulai dengan al-Fatihah iaitu sebelum membaca hendaklah memuji Allah terlebih dahulu dan selepas al-Fatihah di letak surah al-Baqarah yang dimulai dengan ayat yang bermaksud "Alif, Lam, Mim... Inilah kitab yang tidak perlu diragui padanya yang memberi petunjuk untuk orang bertakwa". Ini menunjukkan Allah SWT menyuruh kita membaca dan hendaklah dimulai dengan membaca dan mengkaji al-Quran terlebih dahulu agar menjadi orang bertakwa.

No comments:

Post a Comment