Thursday 8 October 2009

SIMPLE RESEPI

Ikan Masak Lemak Kuning... kesukaan anak-anak ku

a. Ikan kembung lima enam ekor (kalau dapat temenung lemak lagi sedap)
b. Santan RM1 pun boleh atau RM2 pun boleh
c. Serai 2 batang di titik
d. bawang merah 5 biji dan bawang putih 5 biji di tumbuk
e. sedikit kunyit serbuk (hujung 1/3 camca besar)kalau lebih kuning sangat.
f. sedikit minyak masak
g. garam dan gula secukup rasa
h. 3 keping asam keping

Cara memasak

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih serta serai hingga berbau harum bawang, kemudian masukan sedikit kunyit dan kacau lebih kurang seminit. selepas itu boleh masukkan santan dan perlahankan api. kacau perlahan-lahan hingga ia mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta asam keping. kemudian masukkan ikan seekor demi seekor. biarkan ia mendidih.. setelah mendidih... masaklah ia.. MESTI CUBA DAN PASTI JADI.


Sup Ayam Bujang

Cara masak sup ayam secara ringkas tapi sedap untuk 3 orang:Bahan-bahan :-a. Ayam - sebelah - dibasuh hingga bersihb. Bawang besar - satu labu - ditumbuk kasar.c. Sedikit kulit kayu manis.d. Sedikit bunga cengkih.e. 5 biji lada hitam.f. 3 kuntum bunga cengkih.g. Garam secukupnya.h. Daun sup dan daun bawah di potong kadar 1 inci.Cara memasak :-a. Masukkan ayam telah dibasuh ke dalam periuk dan isikan air secukupnya.b. Letakkan di atas dapur dan rebuskan ayam tersebut.c. Pada masa yang sama boleh masukkan semua bahan-bahan tersebut.d. Rebuskan ayam berserta bahan tersebut hingga ayam tersebut empuk dan lembut. masukkan garam setelah masakkan tersebut mendidih.e. Apabila ayam telah lembut, matikan api dan masukkan daun sup dan daun bawang. SIAP DAN BOLEH MAKAN.

1 comment:

  1. Dah dekat nak cuti sekolah ni... boleh atur resepi... post banyak-banyak lagi.

    ReplyDelete